Persembahan buruk Chelsea di bawah kendalian Graham Potter berterusan apabila Manchester City melakar kemenangan 4-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.
Tiga hari susulan kekalahan 1-0 kepada City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Chelsea sekali lagi dihukum di Stadium Etihad.
Sepakan percuma Riyad Mahrez, penalti Julian Alvarezdan jaringan jarak dekat Phil Foden terhasil dalam separuh masa pertama ketika perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.
Mahrez meledak gol kedua peribadi perlawanan menerusi penalti memastikan gol keempat City yang dijangka bakal berdepan pendahulu liga, Arsenal — yang perlu mengatasi Oxford United terlebih dahulu — manakala Chelsea tidak menunjukkan sebarang peningkatan di bawah kendalian Potter.
Source: stadiumastro.com