Jurgen Klopp berkata peluang untuk mengetuai pembinaan semula ‘yang diperlukan’ di Liverpool adalah motivasi utama di sebalik keputusannya menandatangani kontrak baharu tahun lalu.
Klopp komited masa depannya kepada The Reds — dengan kelab yang telah memenangi tujuh trofi termasuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara — sehingga 2026 apabila dia menandatangani perjanjian baharu April lalu.
Setelah hampir memenangi empat gelaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Liverpool meratapi kekecewaan musim ini, ketinggalan 10 mata di belakang empat teratas Liga Perdana Inggeris di tempat kesembilan.
Dengan pemain seperti Jordan Henderson dan Fabinho bergelut musim ini, ramai penonton telah mencadangkan pasukan The Reds perlu mendapat nafas baru, dan Klopp bersetuju.
“Saya tidak mengatakan ia adalah cabaran terbesar, tetapi ia adalah satu cabaran, dan ia adalah salah satu sebab utama mengapa saya menandatangani kontrak baharu, kerana saya tahu ia perlu [untuk membina semula],” kata Klopp.
“Ia tidak akan berlaku semalaman, ia akan mengambil masa yang panjang.
“Saya jelas bukan ahli silah mata. Itulah sebabnya ia bagus, kerana semua masalah yang anda hadapi dalam tempoh peralihan — kami mengalami banyak kecederaan dan itu menjadikan hidup benar-benar rumit.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana jelas saya tahu majoriti dunia luar hanya berminat dalam jangka pendek, tetapi kami juga perlu fokus jangka panjang.”
Source: stadiumastro.com