Sport

Liverpool wajar tiru Marcus Rashford, kata Klopp

Jurgen Klopp mencabar Liverpool agar mencontohi Marcus Rashford yang kembali ke puncak prestasi.

Barisan anak buahnya sekadar menang sekali daripada enam perlawanan terakhir dan jaringan kemenangan Kaoru Mitoma buat Brighton & Hove Albion dalam masa kecederaan, hujung minggu lalu, menamatkan harapan The Reds untuk mempertahankan Piala FA.

Selain tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL) dan dipisahkan 21 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, untuk menghuni tangga kesembilan, Liverpool gagal mengulangi prestasi memberangsangkan sepanjang kendalian Klopp berada di kelab itu.

Mereka menjulang EPL dan Liga Juara-Juara (UCL) di bawah pengurus Jerman itu selain pernah muncul naib juara sebanyak empat kali.

Kemerosotan prestasi kelab Merseyside itu bertentangan dengan nasib Manchester United yang sedang menikmati kempen pertama yang mantap di bawah pengurus baharu, Erik ten Hag.

The Red Devils kini menguasai kedudukan keempat liga dan satu-satunya pasukan yang masih berjuang dalam empat kejuaraan.

Rashford kembali dengan prestasi mengagumkan selepas hanya menyumbat empat gol liga musim lalu sebelum meledak 18 gol dalam 31 penampilan musim ini.

Sebelum diuji Wolves malam ini, Klopp percaya kebangkitan Rashford boleh dijadikan tauladan buat Liverpool dalam usaha mereka untuk kembali ke landasan kemenangan dengan berkata: “Salah satu contoh terbaik ialah Marcus Rashford, berdasarkan pencapaiannya tahun lalu dan tahun ini.

Image

“Saya pasti dia tidak mampu menjelaskannya sendiri. Bukannya Marcus tidak mahu menyerlah tahun lalu. Sekarang dia sedang berada di puncak prestasi.

“Dalam dua tempoh buruk, kami perlu gunakan, berusaha dan berjuang menghadapinya. Rasa kasihan terhadap diri tidak adalah dibenarkan pada saat-saat ini.

“Hanya kami yang mampu mengubahnya dan ia adalah mengenai diri sendiri. Perkara ini boleh berlaku dan akan berlaku, tapi kami berdepan kekangan masa.”

Source: stadiumastro.com

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…